Saturday 6 October 2012

mesin masa

aku sumpah rindu gila kawan-kawan aku dekat matrik dulu. dorang memang la superb sangat, dan sangat awesome gilosss. sampai aku rasa aku dah separuh senteng sebab duduk setahun bersama mereka. antara aktiviti senteng yang pernah berlaku, seha (bukan rumate) suka datang lepak bilik kitaorang, lepastu buat semua orang dalam bilik tu jerit-jerit sebab marahkan ke-bendul-an seha. sumpah aku rindu seha si bendul tak bertempat, lisa geng seha jugak, tapi kurang sikit tahap ke-bendul-an tu dari seha.

serius tak tipu, seha si bendul tak bertempat hampir buat aku hampir hentak kepala ke lantai sampai pecah, lepas tu buat aku gelak guling-guling sampai blok sebelah boleh dengar. pernah sekali, aku, faiqa, lisa dengan mira pergi makan dekat cafe, bila kitaorang balik si seha dengan bertuala and tshirt tengah cuba kopak pintu bilik kitaorang, cubaan untuk masuk tak berjaya sebab kebetulan haritu kitaorang kunci pintu sebab biasanya tak kunci pun. nampak tak kenakalan si seha, apa yang dia cuba buat bila tau kitaorang sume takde kat bilik, misi kopak bilik kitaorang, rembat laptop lisa untuk main game JOJO FASHION. camharam perangai.

al-kisah, malam tu seha kena kunci oleh rumatenya masa dia tengah mandi, disebabkan seha tu selalu hilang sampai rumate dia tak tau dia pergi melagut atau pergi mandi. nicee. jadi, yang tinggal pada si seha masa tu hanya tshirt, tuala, seliper, dengan bakul toiletries. kitaorang yang baik hati bagi la si seha ni masuk pinjam kan seluar dan aktiviti melepak macam biasa berlaku. si seha ni pulak, punya tahap kerabunan yang super tinggi, dan malam tu dia terpisah dengan speknya. dan-dan kau seha time tu nak pulun baca buku biologi, biasanya main game, baca seventeen, paling ilimiah pun baca paper. puiii. agak-agak lama sikit sebab semua orang tengah sibuk study faiqa bersuara, bertanya kan si seha, aku lupa apa soalan dia. seha boleh buat bodoh, sampai yang lain masuk campur

"weh seha! kau dengar tak?" dia boleh buat terpinga-pinga padahal aku rasa faiqa cakap dengan jelasnya. bila kitaorang bising kata dia pekak dia boleh jawab.

"aku kan tak pakai spek, memang la aku tak dengar!" semua orang tetiba blurr. pak bodohnya statement kau, memang la aku pernah dengar biasa orang rabun ni, kalau tak pakai spek dia kurang dengar tapi ayat seha tu aku takle blah. kau sebenarnya rabun ke pekak, spek tu untuk kerabunan ke kepekakkan? masing-masing conpius time tu. mula la bilik tu bising dengan makian oleh kami sebagai respon kepada statement tak logik seha.


dari kiri : faiqa, seha bajet cun, lisa, aku


mira dengan aku :)








Friday 5 October 2012

aku rasa aku dah hebat!

okay, ini semua orang kena baca. tapi aku warning awal-awal entri ni ada unsur-unsur bangga diri. alah yang baca ni pun kawan-kawan aku jugak, dorang kenal dah sifat sebenar aku, aku sebenarnya baik giler, takde nak berlagak macam ni, puiii! aku citer dia macam ni, semalam nana(roomate aku) cakap nak keluar dating kejap je, taknak balik lambat-lambat. sampai kesud dia tak balik lari, rupanya dah tembak pergi KL jumpa kembar tersayang. Hampeh kau nana, al-kisah si nana ni ada kereta Kelisa yang kitaorang panggil Kelly, si nana ni pulak, pukul 10mlm dia balik kejap amik kereta sebab nak pecut pergi sana, macam nak lari rumah. puiii kau nana, kalau kau baca, aku nak kau paham kau kena belanja aku super ring! sebab tinggal aku dengan rai berdua kat rumah. semua housemate aku takde, dua orang pergi kem (jadah kem korang kt sebelah JJ Melaka) dua lagi balik kampung, sorang pergi dating kot. jadi tinggal kami berdua,

pak panjangnya intro aku, sooo sekarang aku nak cerita, di sebabkan si nana dah bawak lari kereta dia yang  aku selalu bawak sebab tu auto, dia tukar dengan kereta lain. kereta tu manual, dia pinjam kat orang supaya dia boleh lari pergi jumpa kembar, dan tinggalkan aku dengan kereta yang aku tak reti nak bawak. okay! aku takut bawak manual. lapanbelas tahun kot aku tinggalkan kereta manual, lupa dah nak bawak cane. dah la kereta orang, besau pulak tu. malam tu, aku dah termimpi-mimpi benda bukan. disaat aku sedang miskin hina ni, kalau kereta tu terapa-apa, mampus aku nak nak bayar pakai apa? mau aku jual segala harta benda aku, agak2, belum cukup mampu nak bayar ganti rugi. kalau aku bagitahu ayah aku yang aku cederaan kereta besau orang, aku tak payah bayar ganti rugi la sebab aku yakin aku akan kena sembelih.

panjang lagi intro aku, so nak jadi cerita, esok pagi nya, aku bangun-bangun pergi cek kereta tu masih ada rupa kereta ke tak, okay selamat. aku sambung tido. pastu, lama sikit aku bangun sebab rasa bahang, matahari dah naik tinggi. okay, okay anak dara bangun lambat tak manis. kfine! ini cuti okay, suka hati aku la. *emoshit. mula-mula aku bajet taknak keluar memandangkan takde kenderaan. tapi aku lapar, kedai makan pak jauhnya, peluh ketiak jugak la nak jalan. aku rasa kau pergi makan kat sana, balik dah lapar balik. so aku buat keputusan pergi masak air, buat milo cicah biskut Hup Seng, kenyang kejap. lepastu, rai cakap dia lapar, fine siap-siap jalan kaki sampai depan guard, kot-kot ada kedai makan yang bukak depan tu, last-last tutup siap pakai manggo besar. kitaorang patah balik dan buat keputusan nekad naik jugak kereta kawan si nana yang besau lagi manual tu. gua cakap lu, gigil jugak la aku nak bawak. aku pun try la bawak, mula-mula masuk kampung dalam ni je. pastu si rai bagi arah jalan salah, aku terlepas ke jalan besar. mampus dah, aku rasa perut aku dah pindah perg belakang time tu, nasib baik jalan tu tak banyak kereta. aku pun drive sampai masuk kampus, depan guard dia boleh bikin head banging pulak dah, malu aku! kfine, control macho, aku masuk sampai gear 3, pecut pergi makan dalam kampus. pak jauh gila pergi makan, dah la takde duit, nasib baik nasi berlauk makcik tu murah gila. sejuk hati aku, lepas kenyang sampai sakit-sakit perut nak terb**** kitaorang balik la, sempat aku round dalam kampus untuk berlagak pada junior-junior sesat yang konon buat lawatan jelajah kampus. timbul rasa bangga, aku kasi laju-laju sikit, bagi makan asap.
lepas habis berlagak, aku pun drive keluar, bangga bawak sampai gear 4. puiii! pede, tu pun nak cerita. syial la! kfine, lepastu sampai simpang nak masuk kolej kediaman aku, jantung aku berdegup, macam nak tercabut bakkk hannngggg! sumpah aku rasa jantung aku nak terkeluar, aku risau kereta ini pedajal aku di mati tengah-tengah jalan dengan lori kontena besar gabak yang bawak sampai 120km/j tu. mampus aku! aku panik, kelam kabut habis, gigil aku jah! orang sebelah dah doa pepanjang, aku pratik abis apa yang cikgu memandu aku hajor dolu-dolu. akhirnya aku berjaya, woohoo! time tu dah rasa hebat, seronok pulak bawak kereta orang yang besau lagi manual, pikir nak balun lagi tapi sebab minyak tinggal sikit aku abaikan. terus balik rumah, update belog. tetiba rasa hebat! cerita camharam~












azam baru

aku dah buang semua post lama aku. Pak gelinya bila baca balik. Jadah haram pe aku merepek tah. Aku ni bukan spesis manusia yang ada bakat menulis. Membaca tu rajin la, itu antara faktor aku sakan buat belog ni. Bajet ada la orang baca belog aku. Puiii! kawan2 aku jela yang ada pun kekadang datang melawat, kot2 aku ada citer pasal dendorang kat sini, tapi rasanya lama camharam kot aku tak update, so memasing pun dah malas nak skodeng. Ada pun post lama yang geli camharam tu. Cane aku boleh tetiba muncul balik, ni sume sebab aku bosan duduk sini, jadi tiap2 malam aku akan baca belog yang best, pastu gelak sensorang. Belog yang aku akan skodeng selalunya, Kain Burok dengan yang aku baru discover belog nama Sembang Kencang, sumpah lawak doe belog dorang. jadi, citer sekarang bajet aku boleh tulis belog macam dorang la, ada follower raban2 punya ramai, pastu femes. semua orang kenal.

" weh kenal tak blogger ni, blablabla. femes doe. kau memang tak maju kalau tak kenal dia"

puii! aku rasa nak muntah, tolong la muntah sekali, kenapa aku bajet aku boleh jadi sefemes dorang? mungkin sebab aku cantik, boleh jadi macam Blogger2 wanita yang lain. Puiii. jangan berangan la syial!

tak actually niat asal, aku teringin nak jadi writer, kot2 boleh journalist. Dulu la dulu, aku penah jugak simpan angan-angan camharam nak jadi journalist untuk National Geography sebabnya aku suka binatang. kejadah! pastu bila aku luahkan kat kawan aku dia tanya aku soalan yang aku sendiri ragu-ragu nak jawab:

"apsal kau tak masuk animal planet je doe?"

soalan bijak, aku pun terpikir apasal National Geogrpahy, kenapa tak Animal Planet kan lebih ke-binatang-an channel tersebut. okay aku takde jawapan, bukan aku betul-betul nak jadi journalist pun. tulis belog pun hegeh-hegeh. syial la! apehal la aku takde bakat menulis eh? dolu dolu, masa sekolah, kan masa kita tingkatan berapa-tak-ingat akan ada tajuk karang bebaskan, maknanya kita boleh tulis karangan berdasarkan apa yang kita imagine, aku suka betul buat karangan macam tu, tapi cikgu aku cakap baik aku buat karangan untuk surat formal atau yang lain-lain. okay takyah ekplen aku paham, maknanya penulis aku camharam jadah. syial la! dah la, aku rasa memang tengah takde bakat jadi baik aku berhenti sebelum aku keluarkan kekarutan yang lebih karut+geli. kbai.