Saturday 6 October 2012

mesin masa

aku sumpah rindu gila kawan-kawan aku dekat matrik dulu. dorang memang la superb sangat, dan sangat awesome gilosss. sampai aku rasa aku dah separuh senteng sebab duduk setahun bersama mereka. antara aktiviti senteng yang pernah berlaku, seha (bukan rumate) suka datang lepak bilik kitaorang, lepastu buat semua orang dalam bilik tu jerit-jerit sebab marahkan ke-bendul-an seha. sumpah aku rindu seha si bendul tak bertempat, lisa geng seha jugak, tapi kurang sikit tahap ke-bendul-an tu dari seha.

serius tak tipu, seha si bendul tak bertempat hampir buat aku hampir hentak kepala ke lantai sampai pecah, lepas tu buat aku gelak guling-guling sampai blok sebelah boleh dengar. pernah sekali, aku, faiqa, lisa dengan mira pergi makan dekat cafe, bila kitaorang balik si seha dengan bertuala and tshirt tengah cuba kopak pintu bilik kitaorang, cubaan untuk masuk tak berjaya sebab kebetulan haritu kitaorang kunci pintu sebab biasanya tak kunci pun. nampak tak kenakalan si seha, apa yang dia cuba buat bila tau kitaorang sume takde kat bilik, misi kopak bilik kitaorang, rembat laptop lisa untuk main game JOJO FASHION. camharam perangai.

al-kisah, malam tu seha kena kunci oleh rumatenya masa dia tengah mandi, disebabkan seha tu selalu hilang sampai rumate dia tak tau dia pergi melagut atau pergi mandi. nicee. jadi, yang tinggal pada si seha masa tu hanya tshirt, tuala, seliper, dengan bakul toiletries. kitaorang yang baik hati bagi la si seha ni masuk pinjam kan seluar dan aktiviti melepak macam biasa berlaku. si seha ni pulak, punya tahap kerabunan yang super tinggi, dan malam tu dia terpisah dengan speknya. dan-dan kau seha time tu nak pulun baca buku biologi, biasanya main game, baca seventeen, paling ilimiah pun baca paper. puiii. agak-agak lama sikit sebab semua orang tengah sibuk study faiqa bersuara, bertanya kan si seha, aku lupa apa soalan dia. seha boleh buat bodoh, sampai yang lain masuk campur

"weh seha! kau dengar tak?" dia boleh buat terpinga-pinga padahal aku rasa faiqa cakap dengan jelasnya. bila kitaorang bising kata dia pekak dia boleh jawab.

"aku kan tak pakai spek, memang la aku tak dengar!" semua orang tetiba blurr. pak bodohnya statement kau, memang la aku pernah dengar biasa orang rabun ni, kalau tak pakai spek dia kurang dengar tapi ayat seha tu aku takle blah. kau sebenarnya rabun ke pekak, spek tu untuk kerabunan ke kepekakkan? masing-masing conpius time tu. mula la bilik tu bising dengan makian oleh kami sebagai respon kepada statement tak logik seha.


dari kiri : faiqa, seha bajet cun, lisa, aku


mira dengan aku :)








1 comment: